< BLOG MAIN

Kosmetik Halal Di Malaysia


Kalau dahulu pilihan kosmetik lebih tertumpu kepada penjenamaan dan keberkesanan pengiklanan, kini pengguna lebih arif dalam menilai produk, dan lebih sensitif kepada bahan yang digunakan dalam sesuatu produk kosmetik.

Sebagai contoh, kosmetik yang menggunakan haiwan dalam ujikaji mereka telah menerima kritikan hebat daripada aktivis perlindungan haiwan. Rata-rata pengguna seterusnya turut menolak jenama kosmetik yang menguji produk mereka ke atas haiwan.

Kebelakangan ini pula, terdapat satu peningkatan ketara berhubung kesedaran status halal sesuatu produk. Produk kosmetik juga tidak terkecuali dalam hal ini, di mana pengguna Muslim telah mula menitikberatkan status halal dalam jenama kosmetik pilihan mereka.

Kosmetik halal di malaysia

Status halal sesuatu produk kosmetik di Malaysia ditentukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal. Sebanyak 430 syarikat kosmetik dan 6,513 produk kosmetik di Malaysia telahpun mendapat persijilan halal di bawah JAKIM. Pensijilan halal ini bermakna produk kosmetik tersebut tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak halal mengikut hukum syarak. Dalam kes kosmetik, ini bermakna bebas daripada alkohol dan pengawet dari sumber yang haram.

Di antara jenama kosmetik dan penjagaan kulit di Malaysia yang telah mendapat pensijilan halal JAKIM adalah produk Simplysiti keluaran Dato’ Siti Nurhaliza, Good Virtues Co., Zarraz Paramedical, Clara International, So.Lek, Nori Malaysia dan pelbagai lagi yang boleh disemak melalui laman web Bahagian Hab Halal JAKIM.

Di peringkat antarabangsa, antara jenama yang telah berstatus halal adalah jenama Shiseido, Huda Beauty, Zukreat Cosmetics, Ardere Cosmetics, Farsali dan Beauty Bakerie. Jenama Shiseido dan Huda Beauty adalah antara jenama yang popular di Malaysia.

Kosmetik halal di malaysia

Apakah pentingnya “halal” dalam produk kosmetik? – kosmetik halal bererti ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang bercanggah dengan hukum syarak. Ini bermakna ianya bebas alkohol dan juga pengawet berasaskan haiwan. Justeru, pemilihan produk kosmetik halal menjadikan anda seorang pengguna yang bijak dengan tidak mengenakan bahan kimia yang berbahaya pada kulit dan juga seorang pengguna yang bijak dari segi tidak menyokong kekejaman terhadap haiwan melalui ujikaji produk.

Di Makeover Loft, kami memahami kehendak pelanggan yang mahukan produk kosmetik halal untuk kegunaan mereka. Sebagai pengguna, anda berhak menentukannya. Dan sebagai jurusolek professional, kami akan menyediakannya mengikut keperluan anda.

WhatsApp